Pada hari Sabtu, 22 Januari 2011 telah diadakan satu Program Kemasyarakatan yang diberi nama Program Fikir Dulu Sebelum buat. Saya pada mulanya agak bingung memikirkan apa sebenarnya pengisian program ini? Pada mulanya, saya difahamkan. Program ini hanya khusus kepada wanita-wanita yang terlanjur! Opsss.. bagaimana hendak mengesan mereka? Mahukah mereka mengaku bahawa diri mereka telah terlanjur dengan insan bernama lelaki?

Ternyata, sangkaan saya dan rakan-rakan adalah salah. Ini merupakan aktiviti kemasyarakatan, kami telah dibawa ke Kem Bina Insan KEWAJA yang terletak di Taman Sri Gombak, Batu Cave, Selangor. Kem ini menempatkan gadis dan wanita yang bermasalah akibat pergaulan yang terlampau atau terjebak dalam aktiviti yang tidak bermoral. Kem yang ditubuhkan oleh Encik Yahya Bin Mohd Yusof pada tahun 1988 ini adalah bertujuan untuk;

  • MENYELAMAT
  • MELINDUNGI
  • MEMBIMBING
  • MEMULIHKAN 

mereka yang benar-benar ingin berubah dan kembali kepangkuan keluarga dan masyarakat. Saya difahamkan,  masalah seperti ini wujud dengan adanya dua sebab.

Pertama, gadis itu tidak mempunya "Social Skills" ataupun kemahiran bersosial. Mereka ini terlalu lurus, baik dan setia orangnya. Maka, mereka menjadi insan yang sangat mudah mendapat kejutan budaya, hasutan dan tipu daya.

Kedua, Kewujudan media baharu yang semakin berkembang dengan pesat. Akibat kemajuan teknologi, penyebaran video lucah dalam bentuk VCD, DVD, MP4 dan sebagainya menjadi semakin mudah untuk diperoleh oleh sesiapa sahaja. Kandungan gambar-gambar lucah serta aksi lucah boleh dimuat turun menerusi internet dan disimpan ke dalam "Notebook", "Handphone" dan sebagainya.

Oleh demikan, kami diberi peluang untuk berkongsi cerita dan mendengar luahan perasaan hati mereka. Gadis kecil molek dan berkulit gebu itu baharu habis PMR pada tahun lepas. Kini, dia sudah bergelar ibu. Gelaran yang dia sendiri belum bersedia untuk menyandangnya. Namun, apakan daya. Segala suratan dan takdir itu adalah ketentuan yang Maha Esa. Saya sebak dan dia mengalirkan air mata.

"Kak, saya dah malukan ibu dan ayah saya"

Saya menyuruhkan berhenti bercerita mengenai kehidupannya sebelum menjadi pelatih KEWAJA. Sakit! saya tahu, adalah sakit untuk dia mengenang dan mengingat kembali sejarah hitam itu dalam hidupnya. Tambahan lagi, usianya baharu saja mencecah 16 tahun. Moga dia kembali bersekolah dan mencapai cita-citanya. Insya-Allah.
Sekadar hiasan
Kisah pembuangan bayi dan pembunuhan bayi yang tidak berdosa bukanlah tiket untuk kita menjadi pembunuh segera atas pelakunya. Mereka sebenarnya tidak mahu melakukan perbuatan terkutuk itu. Sebagai masyarakat, kita perlu paham dengan perasaan mereka yang hidup dalam keadaan bermasalah dan tersepit. Mereka terpaksa melakukannya. Berilah mereka peluang dan ruang untuk kembali ke pangkal jalan. Jangan mencaci dan mengkeji.

Gambar kenangan di Kem Bina Insan Kewaja
Semua cerita yang disampaikan oleh mereka adalah menjadi rahsia untuk saya dan rakan-rakan saya juga. Hal ini kerana, keaiban mereka bukanlah untuk disebarkan dengan sewenang-wenangnya. Melainkan untuk tujuan motivasi diri dan pengajaran.





**Moga apa yang saya dan rakan-rakan saya peroleh hari ini menjadi suatu panduan dan teladan dalam kehidupan.

0 Ulasan