Hye.Hye..
Assalamualaikum w.b.t

Sejak bermula awal tahun ni, kegilaan 
belajar membuat kek semakin membuak-buak
dulu, muka ni je yang tertogok kat
Starbucks pergi makan Red Velvet diorang
tak pon pekena red velvet kat Coffee Planet
sebab rasanya kek-kek diorang jek yang menambat hati ini

Akhirnya, timbullah idea nak belajar buat kek ni
dengan tenaga dan kepakaran diri sendiri.
hehehe.. dan finally, bila dah buat sendiri,
alamatnya kegilaan tu dah berpindah pada orang lain

Tak suka dah makan red velvet lagi
Skarang ni pon kalau buat, bagi kat orang je.
hehehehe..

This is my red velvet.
hehehe.. Ada sesiapa teringin nak try? Jom cuba.
Insyaallah gerenti jadi punya.


Cik Bie follow resepi ni 100%


RESEPI KEK RED VELVET MOIST
resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
*2 cawan tepung kek/superfine
(Tapi Cik Bie guna Tepung Gandum je)
*2 sudu besar serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bicarbonat
*1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk - resepi di bawah
1 cawan gula halus
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
2 biji telur A
esen vanila

Topping
250g cream cheese @ satu ketul
1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
Sediakan buttermilk -
Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan
1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih.
Biarkan sebentar lebih kurang 10minit.
Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah
3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.

Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk.
Ketepikan.

Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur.
 Pukul hingga kembang.
Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
Pukul lagi.

 Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi
sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati.
Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
Lengserkan loyang dengan butter dan tepung,
tuang adunan dan bakar 45minit.
Kek ini boleh juga dikukus.

Sementara menunggu kek masak, sediakan topping.
Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek.
Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.


Makanya.. Jadi deh.! Selamat mecuba!
Dihari lebaran ini.
Yummmeh!

2 Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx