SETELAH HAMPIR SETAHUN
Assalamualaikum
Pagi ini, Cik Bie ada sesuatu nak kongsikan
Iaitu perasaan entah bagaimana nak describe
Cik Bie pun tak tahu.
Pagi ini, baru Cik Bie ada kekuatan
untuk kemas semua barang-barang persiapan
perkahwinan yang dah disiapkan
(Padahal sakit mata tengok semua ni bersepah-sepah dalam bilik)
Hehehehe..
Diam tak diam, hampir setahun, perkara itu berlaku
dalam hidup Cik Bie
Alhamdulilah, Cik Bie mampu untuk bangun semula
menghadapi masa depan yang masih jauh didepan
Semua barang-barang yang dah DIY,
Cik Bie simpan rapi dalam kotak-kotak
Mana-mana barang yang perlu dibakar.
Cik Bie akan bakar.
Termasuklah Album Pertunangan yang amat Cik Bie sayang
Tindakan ni, jauh lebih baik. Kerana semua kenangan yang
menyakitkan itu kini, Cik Bie telah hadapinya dengan
perasaan biasa-biasa saja.
Memang makan setahun juga kan?
Moga Perjalanan Cik Bie diatas muka bumi ini
senantiasa dipermudahkan oleh Allah S.W.T
Terima kasih buat yang mendoakan
yang selalu berkongsi cerita suka duka
yang setia memberi semangat dan motivasi
La Tahzan Innalillah Maána
"Putus Cinta bagi lelaki adalah suatu pengalaman kerja,
tetapi suatu kehancuran hidup bagi perempuan"
~kata-kata pujangga~
Hancur atau tidak hancur adalah suatu keputusan
Hidup adalah kehidupan yang penuh dengan keputusan
Siapa yang berhak membuat keputusan?
-Diri Sendiri-
Memilih untuk kehancuran?
Apa kita tidak bisa merasa bahagia
dan membahagiakan yang lain?
Maka, berbahagialah dengan keputusan itu
Sesungguhnya Allah ada bersama-sama kita.
17 Ulasan
Yey!! Happy Bila Cik Bie dah mula Kuat..... =)
BalasPadamTak Mo sedih2 dah..
Yeaayy.. hehehe.. dah tak sedih dah :)
PadamSetahun dah lin. nak sedih apa lagi kan?
buang masa jek. ahha :D
The past is past, never turn back...lets move on...
BalasPadamYeaayy.. Setuju dengan Cik Jelita.
Padampast is the past
Sejarah tak mungkin berulang..
Yeaah!! lets move on... thanks dear! :)
teruskan pandang kehadapan...yeah cik bie kuat..pasti boleh...insyaallah setiap dugaan tu akan buat kita lebih dekat kepada-Nya
BalasPadamTq sayang.. Insyaallah.. kekuatan tu hadiah yang tak ternilai drNya juga kan?
PadamTerima kasih atas sokongannya :)
Love u all :)
selamat hari raya bie...take care ye
BalasPadamSelamat Hari Raya Cik Puan Qaseh yang comel..
Padamrindu awakkk.. hehehe
Terima kasih
Take Care juga :)
Selamat Hari Raya Cik Puan Qaseh yang comel..
Padamrindu awakkk.. hehehe
Terima kasih
Take Care juga :)
Salam aidilfitri cik bie.Cik bie memang kuat.Semoga cik bie sentiase diberi kekuatan dan dipermudahkan semua urusan.Amin. :) Take care dear.
BalasPadamSalam Aidilfitri kembali Sha :)
PadamAmin,, mudah-mudahan Allah makbulkan doa Sha :)
Terima kasih
Salam Aidilfitri kembali Sha :)
PadamAmin,, mudah-mudahan Allah makbulkan doa Sha :)
Terima kasih
salam.alhamdullilah awak dh kuat.sy jugak pernah menghadapi keadaan putus setelah melibatkan pihak keluarga.pd mulanya tak sangka ad org yg sanggup menyakitkan hati sampai mcm tu.tp lesson yg sy dpt adelah,hidup didunia ini sepenuhnya gantungkn pada Allah.bukan pd yg lain.hanya pada Allah tempat bermohon dan mengadu.semoga kekal kuat dan tabah,Insyaallah awak akan digantikan dgn jodoh yg jauh lebih baik dr yg lalu,jodoh terbaik di dunia dan akhirat pilihan Allah. =) take care.
BalasPadamWaalaikumsalam,
PadamSesungguhnya kita insan terpilih kan syg.
hehehe.. Xpelah, ni asam garam kehidupan
kalau kita tak lalui, kita tak tahu
sejauh mana kekuatan kita dlm menghadapi
setiap ujian yg Allah turunkan ni.
Moga kita sama-sama kuat :)
Take care too :)
Bie.. Sya ptt kawen Dec ni. tp yesterday kitorg decide nk postpone. Rs cm xleh accept pon ade. tp tgk Bie yg pernah faced dugaan lg strong, and boleh bangkit. Sya rs motivated balik. all the best Bie~
BalasPadamSya, tangguh tak apa yang,
BalasPadamjangan terus batal dan tinggalkan
terkontang-kanting tanpa alasan.
Itu lagi sakit. Itu lagi kejam.
Mungkin saya disini utk memberi kekuatan
pada sesiapa yg senasib dengan saya :)
Apa yang penting, hidup kena move on!
kena happy selalu..
Allah kan ada. Mengadu kat dia k :)
Stay cute dear! :)
Sya, tangguh tak apa yang,
BalasPadamjangan terus batal dan tinggalkan
terkontang-kanting tanpa alasan.
Itu lagi sakit. Itu lagi kejam.
Mungkin saya disini utk memberi kekuatan
pada sesiapa yg senasib dengan saya :)
Apa yang penting, hidup kena move on!
kena happy selalu..
Allah kan ada. Mengadu kat dia k :)
Stay cute dear! :)
Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx