Pening kepala nak masak apa menu apa ikan dory ni? Ikan Dory merupakan ikan kegemaran En.Suami. Selalunya, menu yang dipilih hanyalah ikan dory bakar. Lepas tu, makan dengan budu atau kicap. Tapi bila datang mood memasak Cik Puan Isteri ni. Maka terhasillah Resepi Ikan Dory Mediterranian ni. Ceeewahh nama.. Nak jugak tiru salah satu menu dekat Manhattan Fish Market.


Walaupun rasa dia taklah sama macam Manhattan Fist Market. Tapi dah boleh lah tu kan? Kan? Cukuplah sekadar pujian daripada beliau. "Sedap yang!" Hik malu.. Gedik!


Untuk resepi ini. Bie gunakan pemanggang ajaib untuk memanggang ikan bersama gravy yang telah dibuat ini.

Bahan - Bahan
Olive oil
6 batang Cili Padi*
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
2 biji bawang kecil*
3 biji bawang putih*
Sebatang Serai

Cara-Cara
Perap ikan dengan olive oil dan bungkus didalam aluminium foil
Kisar semua bahan bertanda * dan tumis dengan olive oil didalam kuali sehingga naik minyak.
Letakkan bahan tersebut ke atas ikan, bersama serai dan bawang besar
Bungkus dan bakar dengan pemanggang ajaib selama 10minit.

Siap.!






Makan bersama nasi panas menambah nikmat makanan ini
Uhhh.. terasa-rasa jus yang terkandung dalam ikan ni. Nyummms
Selamat Mencuba :)

1 Ulasan

  1. kayanya si enak cuma belum pernah makan seperti itu,yang ku tau sayur asem sambel trasi ma ikan teri+jengkol.
    www.dhzatmp3.wapka.me

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx