Assalamualaikum W.B.T

Ahlan Wasahlan Ya Marhaban, Ya Ramadhan. Alhamdulilah, Bila masuk bulan Ramadhan je, Tetiba Bie dan semua orang boleh cakap arab. Hehehe Magic kan.


Alhamdulilah, tak sangka dah masuk hari ke-3 kita menyambut Ramadhan hari ini. Syukur. Bie pun dapat melaluinya dengan elok setakat ini walaupun kadang-kadang rasa loya dan mual tu datang menjengah. Sama seperti kehamilan pertama, Bie dapat tahu seminggu berpuasa pada tahun 2014. Tahun ini, Bie dapat tahu kehamilan kedua sebelum puasa. Jadi, kehamilan yang masih awal ni alhamdulilah tak mengalami alahan yang teruk seperti sebelum ini. Tapi, disebabkan dalam bulan puasa. Bila perut kita kosong. Tahu-tahulah perasaan mual tu, tiba-tiba datang membuak-buak.

Bie hanya berdoa supaya Bie dan kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan baik. Sejak semalam, Bie dah mula muntah-muntah, Tapi semangat masih kuat nak terus berpuasa walaupon daya dah 50-50 ni. Hanya Allah dapat membantu Bie meneruskan niat ini. Selagi daya dan kekuatan itu masih ada. Bie akan teruskan. Insyaallah.

Lagipun, kajian menunjukkan berpuasa semasa hamil adalah selamat untuk diri ibu dan bayi jika kita rasa cukup sihat, dan kehamilan sedang berlangsung tanpa masalah. Bie nak share beberapa tips untuk kawan-kawan yang seangkatan dengan Bie. Lagi-lagi early pragnency ni. Besar cabarannya. Semoga kita boleh lalui dengan mudah,

Tip-tip Berpuasa Ketika Hamil

  1. Jangan pernah skip sahur dan berbuka puasa
  2. Wajib makan sekurang-kurangnya tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah)
  3. Minum Susu dan air yang mencukupi untuk mengelakkan kekurangan air (Nyahidrat)
  4. Makan makanan seimbang (Sayur, daging, Protein, Buah)
  5. Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan.
  6. Elakkan meminum teh/kopi semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.
  7. Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan kita bangun dan makan sahur.
  8. Amalkan makan sup sayur-sayuran, kerana sup sayur membolehkan kita makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.

Semoga kehamilan ke-2 ini juga dipermudahkan olehNya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Selamat Berpuasa kawan-kawan!

Love, BIE

10 Ulasan

  1. thanks bie.. rad dapat puasa masa 1 ramadhan je.. sebab nya masa tu xde loya2/muntah2.. masuk hari ke2 & ke3, loya2/muntah2 dtg menjengah sampai xlarat badan.. inshaAllah, hari ni cuba bertahan hingga waktu berbuka.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Rad. Alhamdulilah, Tahniah untuk berita gembira ni Rad :) Moga kita sama-sama kuat menjalani ibadah puasa kali ni. Tapi, kalau tak larat tu. Marilah sama-sama kita berbuka. hehehe

      Padam
  2. tahniah bie, jage kesihatan elok2 ye.
    moga2 ibu dan anak sihat2 aje.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah. Terima kasih Zaza.. Insyaallah, Doakan Bie ye <3

      Padam
  3. Wah, bestnya mengandung lagi.hihi. Btw, i'm silent reader kat blog ni, dan kita serupa mengandung masa puasa tahun 2014, hehe tahniah dah preggy yg kedua Bie :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah Shafizah, terima kasih sebab sudi jd silent reader blog ni.. hehe :) Terima kasih..

      Padam
  4. tahniah bie..

    dah potong kita ni...

    hehehe..

    selamat berpuasa..
    jaga kesihatan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.. TQ ina.. hehehe.. JOm kejar mengejar ina.. hehe :D satgi ina plak potong Bie nanti..

      selamat berpuasa juga:)

      Padam
  5. Bieee...baru taw Bie pregnant. tahniah.

    alhamdulillah. murah rezeki Bie :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah amin.. Terima kasih atas doanya sya. :)

      Padam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx