Finally!! We made it baby..*tears

Boleh ke bawa kek hari jadi Zuhaira ke Cameron Highland? Tak rosak ke? Tak penyek ke? tak cair ke sepanjang perjalanan tu? Sakit kepala juga fikir, macam mana nak buat sambutan hari lahir anak ke-2 Bie di Cameron Highland.


Hujung dan awal tahun, Bie dan suami memang super sibuk dengan kerja. Tak banyak masa yang kami ada untuk buat persiapan hari lahir Zuhaira.

Pening-pening, kami terus buat carian dalam Facebook dan ditemukan dengan pembuat kek yang super talented ni,

Kak Faizah! 

Bie tempah Kek Zuhaira ni dengan Kak Faizah. Semuanya gunakan Facebook Messenger je, dan kami bertukar No.Telefon.

Facebook Page : Faizah Abdul Aziz
Email : farreastoo4@yahoo.com
No. Tel : 0123534292

Alhamdulilah, berbekalkan sekeping gambar kek idaman. Tak sangka, Kak Faizah dapat buatkan Kek yang cantik dan sedap ni untuk hari jadi Zuhaira. Highly recommended.! Lepas ni, selalulah Bie sambut hari jadi kat Cameron Highland. Sebab si pembuat kek sememangnya bermastautin disana.

Servis Kak Faizah pon Tip top, siap pakej hantar kek depan pintu rumah (homestay) tau! Total harga Kek RM80 Sahaja, Cake Butter Cream + Choco Moist. Ni gambar asal yang Bie share pada kak Faizah.


Kemudian, Kak Faizah merealisasikan impian Bie tu. Walaupon tak serupa. Sikit-sikit tu adalah.. hehehe





Berikut, bie kongsikan detail penyediaan Dekorasi Hari jadi Zuhaira yang pertama. Idea dan dekorasi semuanya Bie dekorasi sendiri.

1. Banner Birthday

Bie tempah di Oratix Creative Party Store. Hanya RM50 untuk saiz 5ftx5ft

2. Helium Balloon

Balloon Bie beli di Ballon Buzz, gas helium kami bawa daripada rumah tong helium tu. Hehe.. Bie beli RM119 di Lazada. Mudah sangat nak gunakan! Lagi-lagi untuk kita yang suka sangat beli belon helium ni. 1 tong ni, boleh dapat dalam 50 biji belon. Berbaloi untuk kegunaan setahun dan hari jadi-hari jadi yang akan datang.


3. Paper Cup, Paper Plate, Tissue chevron 

Semua yang super comel semua tu. Bie beli di Shopee shop (BluelephantsAsia) dengan harga yang murah, 12pcs dalam harga RM4.90-RM6.00

4. Caketopper Zuhaira Turns 1

Bie tempah di instagram @caketopperandcraft fully arcylic warna Gold, cuma RM25 sahaja!

5. Baju Zuhaira

Semuanya dibeli di H&M dan Baby Kiko, IOI Mall Putrajaya.

6. Headband Party dibeli di GM Klang

7. Makanan

Kami beli pasar malam CH dan ada yang kami bawa sendiri daripada rumah persiapan perap ayam untuk BBQ dan lain-lain makanan dibeli oleh ahli keluarga. Mengikut pengalaman Bie, aktiviti BBQ sangat tidak sesuai dilakukan di tempat sejuk ya kawan-kawan. Nak hidupkan api je dekat sejam, bila masanya nak makan? Hehehe.. Jadi, yang paling sesuai adalah steamboat. Sekian.

Alhamdulilah, akhirnya cita-cita kami untuk bawa kedua-dua family dalam 1 percutian telah dimakbulkan. Berikut, gambar-gambar sambutan hari jadi Zuhaira yang diadakan pada malam 13/1/2018 bertempat di Hayfa Homestay, Golden Hills, Cameron Highland. Walaupun sambutan ini sangat sederhana. Tapi, cukup meriah buat kami sekeluarga. Syukur!











2 Ulasan

  1. Happy belated birthday Zuhaira omeyy. smga jadi anak yg solehah. 😊

    cantik kek dia.🎂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih Cik Renex atas doanya.. Hehe..
      Tak sangka blh dapat kek secomel tu.. hehe :)

      Padam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx