Tengah hari ni, tiba-tiba En.husband request nak makan gulai daging budu resepi keluarga beliau turun-temurun. Bie dah siap-siap menuntuh ilmu pembuatan daging budu ni daripada mak mertua Bie, sebab gulai daging budu ini adalah salah satu makanan kegemaran beliau.


Sebenarnya, kakak ipar Bie ada share resepi aslinya di blog wanisukarno.com. Tapi, resepi tu dimasak dalam periuk NOXXA. Versi Bie pula masak dalam PRESSURE COOKER. Hanya 30 minit sahaja. Campak-campak, siap!

Supaya Bie tak lupa, Bie kongsikan resepinya disini buat tatapan semua.

RESEPI GULAI DAGING BUDU KELANTAN

Bahan-bahan :

1/2 kilo Daging Lembu (Hiris nipis)
5 biji bawang merah*
1/2 inci Kunyit basah*
1/2 inci Lengkuas*
2 Keping Asam Keping
10 tangkai Cili Padi
1/3 karet Gula Melaka
1 botol Budu (Cap Ketereh Sahaja)









Cara-cara :

1. Kisar semua bahan bertanda *
2. Masukkan dalam pressure cooker bersama daging, asam keping, cili padi, gula melaka dan sebotol budu.
3. Tidak perlu masukkan air, kerana daging itu sendiri akan mengeluarkan air apabila direneh.
4. Reneh atas api dengan api sederhana selama 30 minit
5. Jika mahukan kuah yang pekat, didihkan sebentar supaya air kering dan kuah menjadi pekat.
6. Daging budu akan lebih enak dimakan jika disimpan 2-3 hari kerana daging akan benar-benar menyerap budu dan rempah.





Selamat mencuba semua! Bye..

4 Ulasan

  1. jadi tu biha.. daging budu, resepi senang campak2 semua.. terus jadi hii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. nasib baik akak ada buat resepi hari tu. Jadi, boleh recap selalu setiap kali nak buat. hehehe. Tq kak :)

      Padam
  2. saya sedang membayangkan rasa kari + budu, ulam buat cicah kari + budu tu wajib terangkat.. ermm dap

    BalasPadam
  3. Gabungan yg dah sedap sangat tu. Terliur bie dibuatnya. Hehehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx