Setiap 2 tahun, syarikat tempat Bie bekerja akan menawarkan pakej ujian saringan kesihatan untuk memastikan pekerja-pekerja syarikat berada dalam keadaan yang sihat dan bersemangat untuk bekerja.



Penting ke "Health Screening"?
Pemeriksaan kesihatan pencegahan adalah penting untuk menjaga kesihatan kita. Dengan cara ini, kita boleh mengetahui tentang keadaan badan kita. Ini adalah cara terbaik untuk menjaga diri dalam kesihatan optimum ialah menjalani pemeriksaan kesihatan berkala.
Pakej pemeriksaan kesihatan juga dibuat khusus berdasarkan usia kita, sejarah perubatan, faktor risiko, sejarah keluarga dan kebimbangan kesihatan untuk mendapatkan hasil terbaik. Kita akan menerima laporan terperinci mengenai hasil pemeriksaan kesihatan kita pada hari yang sama kecuali laporan pemeriksaan pap smear. Kita akan diterangkan semula hasil pemeriksaan kesihatan dengan doktor yang bertauliah tentang keaadaan tubuh badan kita dan pemeratian khusus (sekiranya perlu). Sekiranya terdapat sebarang syarat yang memerlukan perhatian segera, doktor akan memberitahu kita dengan serta-merta. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan kan?


Memandangkan tahun ini genap 2 tahun Bie bekerja disyarikat yang Bie bekerja sekarang. Bie tak melepaskan peluang ini untuk membuat ujian kesihatan ini, memandangkan tahun lepas merupakan tahun yang sukar untuk Bie. Lepas bersalinkan anak ke-2, antibodi badan sangat lemah. Keadaan darah juga tak berapa stabil atas faktor mengandung dalam jarak yang dekat. Sepanjang tahun, Bie selalu kena tekanan darah rendah sampai kena MC berhari-hari. Hal ini sekaligus menjejaskan prestasi pekerjaan Bie dan memburukkan persepsi rakan sekerja kepada kita. Biasalah, siapa yang suka kalau kita kerap MC. Walaupun bersebab, tak semua orang akan faham situasi tu.

Alhamdulilah, tahun 2018 merupakan tahun dimana Bie menyimpan azam untuk kekal sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat. Maka, langkah pertama yang Bie ambil adalah pergi membuat ujian saringan kesihatan (Health Screening) di hospital untuk mengetahui sejauh mana tahap kesihatan Bie sekarang.

Ini merupakan pengalaman pertama Bie, disini Bie kongsikan pengalaman yang Bie dapat sepanjang menjalankan pemeriksaan "Health Screening" di Manipal Hospital, Klang.

Kenapa Manipal Hospital, Klang? Sebab Bie dah biasa dengan hospital ini. Pernah mempunyai rekod kesihatan disini. Semua ahli keluarga juga mendapatkan rawatan disini. Tambahan lagi, sebab dekat dengan rumah (itu lebih penting) Hahahaha.. Bahagian Health Screening terletak di aras 4 - Zon A

Bie telah menjalani ujian-ujian berikut untuk pakej "Women Standard Package below 40 Years Old"
  1. Total Blood Count (Including CBC, ESR)
  2. Blood Grouping (ABO & Rh)
  3. Fasting Blood Sugar
  4. HbA1C
  5. Total Lipid Profile
  6. Liver Function Test
  7. Renal Function Test
  8. Hepatitis Screening (Hep A Antibody, Hep B Antigen & Antibody and Hep C Antibody)
  9. Thyroid Function Test
  10. Urine FEME Resting
  11. ECG
  12. Chest X-ray
  13. Ultrasound of Abdomen/Pelvis
  14. Ultrasound of Breast Thin Prep
  15. Consultation by Health Screening MO with report summary
Untuk melihat pakej-pakej lain. Sila klik disini







Selepas menjalani siri ujian yang diwajibkan, Bie diberikan voucher sarapan pagi di Gloria Coffee yang terletak aras G. Pukul 11 pagi baru Bie sempat redeem vouvher ni dan bersarapan bersama En.Suami yang setia menemani.







Alhamdulilah, Bie dilaporkan sihat selepas ujian kesihatan ini kecuali pada ujian Hepatitis Screening (Antibodi). Bie dilaporkan tidak mempunyai antibodi melawan penyakit terutamanya jangkitan flu, batuk, demam. Inilah jawapan kepada persoalan, kenapa aku ni mudah sangat sakit. Kadang-kadang anak-anak selesema. Bie pon join selesema sekali, berpakej dengan batuk pulak tu. Tak hairanlah bila doktor beritahu antibodi Bie bukan lemah. Tapi "Tak ada" maksudnya "0".

Doktor mencadangkan Bie ambil 3 suntikan vaksin untuk "develop" semula antibodi. Dengar macam kelakar kan? Rasa macam Baby pula kena "develop" antibodi. Tapi inilah kenyataannya.

Saya sudah, anda bila lagi?

Laporan kesihatan Bie!



0 Ulasan