Selamat Hari Pekerja semua! Selamat bercuti pada yang bercuti. sejak belajar menuntut ilmu berniaga ni Bie rajin untuk membaca kisah-kisah inspirasi terhadap orang-orang yang kurang berupaya, tetapi mempunyai ini satu semangat juang dan Daya kebolehan yang tinggi untuk berjaya.

Antaranya kisah mengenai perjuangan En.Khairul Nizam. Seorang OKU Fizikal yang lumpuh seluruh badan dan hanya mampu menggerakkan 3 jari sahaja.



Cerita-cerita mereka ini boleh dijadikan satu pembakar semangat untuk berjaya lebih lagi. Orang yang tidak berkeupayaan pun boleh lakukan lebih baik sepertimana orang yang normal tapi orang normal sendiri tak boleh nak lakukan sesuatu demi mengubah kehidupan mereka. Jika kita sebagai orang normal dan sempurna tidak boleh berjaya sepertimana mereka, apalah makna satu kehidupan itu.

Salah satu daripada kisah inspirasi yang dibaca ialah tentang encik khairul Nizam di mana dia adalah seorang lelaki yang lumpuh pada asalnya hanya mampu menggerakkan tiga jari sahaja iaitu minyak untuk menggerakkan kerusi rodanya tapi dia mampu membangunkan sebuah syarikat yang diberi nama jamumall.com.










Pertama kali, Bie tahu kisah inspirasi tentang encik khairul Nizam ini ketika b menyertai program Dr Azizan Osman iaitu Zero kos Marketing dan di situlah melihat video-video tentang beliau jadi berikut adalah videonya Inilah adalah salah satu kisah inspirasi yang menginspirasikan bi sendiri dan diharap dapat menginspirasikan orang lain juga untuk terus berjaya. Ikuti luahan hati beliau di Facebook;

Berikut luahan hati beliau;
Diusia 30, dengan keadaan cacat.  aku bersyukur dengan kehidupan. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah meeah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...
 Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??
Lihatlah aku ...
kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .
Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..
Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...
Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!
Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...

Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..

Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..
Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!
Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!

Jom follow Khairul Nizam 
 FB 
https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/ 
PAGE 
https://www.facebook.com/Jamumallcom/
 IG: https://www.instagram.com/hyekhairul/  
Website https://jamumall.com/

0 Ulasan