14 Mac yang lepas, Keputusan SPM telah diumumkan kepada lepasan SPM 2018 dan baru-baru ni juga saya didatangi seorang remaja lepasan SPM yang buntu menentukan hala tuju kehidupan beliau. Situasi ini mengingatkan saya kepada diri saya 13 tahun yang lepas. Dimana saya buntu untuk memilih hala tuju saya, apa bidang yang patut saya ambil, ke mana destinasi pusat pengajian yang perlu saya pilih. Situasi adik ini sama persis seperti situasi saya.
Apabila saya ditawarkan jurusan "Sains Komputer" di UiTM, habis semua orang saya tanya dan meminta pendapat. Saya risau sangat-sangat jika saya membuat keputusan yang salah. Bezanya tidak seperti sekarang, kita punya jaringan internet pantas dihujung jari. Boleh Google dan boleh bertanya dengan sesiapa sahaja meski dia tidak mempunyai apa-apa perkaitan dengan kita. Kita bebas berkomunikasi dengan sesiapa sahaja. Jika dibandingkan dahulu, kita hanya ada telefon biasa dan hanya boleh bertanya kepada cikgu, kenalan terdekat dan saudara-mara sahaja.

Bila dikenang kembali, saya teringat kata-kata seseorang saya yang mengatakan jurusan Sains Komputer yang ditawarkan kepada saya itu adalah jurusan "lelong" dan bakal susah dapat kerja apabila GRAD nanti. Sedihnya hati saya bukan kepalang. Aku ni, layak dapat course lelong je ke? Kenapa malang sangat nasib aku ni? Kenapa nasib diorang tu baik sangat? Boleh dapat apa yang diorang nak?

Akhirnya saya masuk F6, sebab hopeless dan akhirnya tukar cita-cita nak jadi Guru. Sebab mana-mana ibu bapa pun suka anak dia jadi cikgu dan suruh anak dia jadi cikgu. Sudahnya, lambakan guru berlaku. Ah!

Sepanjang saya di F6 saya minta tukar jurusan sastera, walaupun saya layak dalam jurusan sains. Masa tu, saya pun masih dalam dilema. Semua cikgu suruh saya duduk diam-diam dan belajar F6 je. Tapi mereka tak beri apa-apa cadangan/kepastian pun untuk masa depan yang saya pilih. Malah tidak membuatkan saya yakin, ini adalah pilihan yang tepat.

Sehinggalah jiran saya datang ke rumah dan tanya objektif saya dalam hidup dan belajar. Dia tanya, daripada kecil, sekolah rendah, sekolah menengah. Belajar pandai-pandai sebab apa?
Saya cakap sebab nak masuk universiti.
Hah! sekarang dah dapat universiti dah. Jadi, apa masalahnya?
Masuk F6 pun nak pergi universiti juga kan? Sekali lagi kita mempertaruhkan nasib kita. Adakah kita yakin, kita boleh dapat couse yang kita nak dan mak ayah kita nak tu? atau kita ditakdirkan tak dapat langsung masuk universiti.

Selepas 2 minggu di F6, saya ambil keputusan melangkah dan menempuh cabaran ke universiti.

Situasi adik ini juga seperti saya, Ibu bapa, saudara-mara, waima jiran pun mengatakan jurusan Sains Komputer itu jurusan lelong dan bakal tak dapat kerja bila tamat belajar nanti.Hal ni membuatkan saya menjadi amat marah, apabila seseorang yang tidak berada dalam bidang itu cuba mengatakan bidang tersebut tiada harapan dan tiada masa depan.

Kenapa kita begitu, menakut-nakutkan generasi muda yang baharu nak menjengah dunia yang asing baginya bukan suatu perkara yang mudah ya Tuan/Puan. Inilah cabaran hidup yang pertama bagi mereka. Setiap jurusan dan bidang yang kita ambil/ditawarkan ada masa depannya yang tersendiri.

Jurusan Komputer Sains, IT, Software Engineering dan Database Admin seangkatan dengannya

Selalu dianggap jurusan "lelong" namun hakikat sebenarnya. Mereka inilah yang berdiri dibelakang kemajuan teknologi yang kamu semua kecapi hari ini. Tanpa Jurutera perisian, tak mungkin anda dapat bermain Facebook, instagram, online shopping, online banking, navigasi GPS dan pelbagai jenis software/aplikasi dalam telefon bimbit/komputer anda.

Lihat sekeliling anda, kebanyakkan daripada semua perkara perlukan penglibatan IT dan kepakaran IT didalamnya. Meski anda tidak belajar IT, namun secara tidak langsung anda perlu tahu perkara-perkara basic tentang IT bukan? Semua pekerjaan memerlukan sokongan IT bagi memudahkan kerja mereka. Daripada mana sistem tu datang? Wujud sendiri secara tiba-tiba?

Kenapa masih menganggap jurusan IT ini sesuatu yang konyol? Hanya jurusan medik, pendidikan, akauntan, perbankan, yang nampak gah dimata semua orang? Dunia bakal memasuki fasa industri 4.0, berhati-hatilah! mungkin perkerjaan anda akan diambil alih oleh sistem/automasi/robot.

Pengamal IT yang bengang!

**dan seseorang yang pernah menakutkan saya dan mengatakan jurusan IT itu "Course lelong", baru-baru ini bertanya kepada saya bagaimana hendak melanjutkan pelajaran jurusan master IT kerana dia kini terpilih menjadi pengajar jurusan multimedia. Jurusan IT masih lelong tak relevan? Fikir dulu sebelum bercakap! 

IBU BAPA
Sila betulkan pemikiran dan stigma anda terhadap jurusan IT sekiranya anak-anak anda memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang itu. 

1 Ulasan

  1. betul! tapi sya kalau sepupu, jiran , anak sedara or anyone tanya pasal course kat U, course campak ke U campak ke, Sya selalu advise 1 je. tak kisah la course ape pon, dekat U mana pon, make sure you excel in your study. ko ambik course gempak, study dekat Research Uni, tapi pointer sipi2, tu baru betul tercampak.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx