Alif Satar Sah Positif COVID-19 Luah Rasa Bersalah

Mohon doakan selebriti dan penyanyi kesayangan saya, Alif Satar yang disahkan positif COVID-19 semalam supaya cepat sembuh daripada virus ini. Susulan berita itu, semua selebriti yang terlibat di pentas separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) bertindak pantas melakukan ujian saringan dihospital berdekatan kerana mereka dikatakan ada kontak rapat dengan Alif  yang juga merupakan antara peserta dalam persembahan di SFMM 35 pada hari pertama.


Rakan Artis Selebriti Jalani Ujian Saringan

Antara rakan artis yang ada kontak rapat bersama Alif Satar seperti; Sherry Alhadad, Hael Husaini, Zynakal, Ernie Zakri, Syamel, Aina Abdul dan Stacy. Diharapkan, segalanya dipermudahkan dan diberikan kesembuhan segera kepada Alif Satar. Alif juga ada meluahkan rasa bersalah dan memohon maaf kepada rakan artis yang lain atas kejadian yang belaku ini.

Semuanya sudah ketentuan Allah. Kun Fayakun, Apa yang mampu kita lakukan ialah memohon doa dan berserah kepada Allah untuk melindungi kita semua daripada virus ini. Alif Satar juga telah memohon maaf atas rasa bersalahnya kerana menyebabkan rakan-rakan artis selebriti terpaksa menjalani ujian saringan kerana berisiko dijangkiti juga.

Amin..






Saya doakan semua artis dan selebriti yang terlibat dipermudahkan segala urusan dan dapat menjalankan tempoh kuarantin dengan lancar. Marilah kita sama-sama saling mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kita semua. InsyaAllah.

Love,
Bie Mohd

0 Ulasan