Selepas Covid19 melanda dunia, Kementerian Perpaduan Negara pada Isnin (29 Jun 2020) mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) terkini | bagi penganjuran majlis sosial termasuk kenduri, majlis perkahwinan, akikah dan pertunangan.

Jadi, masa lepas je habis PKP tu, CikBie sekeluarga terus je buat majlis akikah anak ke-3 kami di kampung CikBie di Felda Pasak, Kota Tinggi. Alhamdulilah, majlis berjalan lancar dan kami sekeluarga tetap mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Nah, CikBie kongsikan untuk panduan semua ya. Semoga bermanfaat.

Ia dikeluarkan selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bersetuju penganjuran majlis tersebut boleh dilaksanakan.

Menurut kenyataan media kementerian itu, garis panduan berkenaan dikeluarkan sebagai garis panduan untuk para penganjur yang ingin menganjurkan majlis-majlis sosial tersebut semasa tempoh Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

1. Bilangan tetamu

Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh penganjur majlis adalah had kapasiti kehadiran pengunjung seramai 250 orang (mengikut saiz ruang majlis) dengan mewajibkan penjarakan sosial dilaksanakan dan tempoh penganjuran yang dibenarkan juga adalah selama tiga hingga lima jam.

2. Hand Sanitizer

Sediakan 4-5 botol Hand Sanitizer untuk diletakkan dimana-mana bahagian rumah atau kawasan dimana majlis tersebut berlangsung. Supaya memudahkan semua tetamu untuk membersihkan tangan mereka sekiranya bersentuhan dengan sesiapa.

3. Face Mask Dewasa/Kanak-kanak

Berikan face mask kepada semua tetamu yang hadir supaya mereka sentiasa memakai face mask sebagai langkah pencegahan kepada wabak Covid-19. Tidak terkecuali kepada kanak-kanak juga. Tuan rumah hendaklah menyediakan face mask bersaiz kanak-kanak.

Kos 1 kotak face mask dewasa dalam lingkungan RM29 - RM49 untuk 50 keping, manakala bagi saiz kanak-kanak

4. Termometer

Sediakan termometer untuk mengambil bacaan suhu badan tetamu yang hadir. Sekiranya ada tetamu yang demam dan mempunyai suhu badan yang tinggi. Elakkan mereka daripada berada dalam majlis tersebut.

5. Daftar MySejahtera

Buka aplikasi MySejahtera dan daftarkan lokasi majlis anda dan nama majlis anda supaya semua kedatangan tetamu dapat direkodkan kerana aplikasi ini akan menyediakan QR code untuk memudahkan tetamu untuk scan. Cetak QR Code tersebut dan pamerkan sebanyak mungkin disekitar rumah/kawasan majlis

6. Buku Nota & Pen

Sediakan buku nota dan pen (lebih daripada sebatang) untuk memudahkan tetamu yang tidak mempunya aplikasi MySejahtera untuk merekod kehadiran mereka.

7. Banner/Bunting SOP dan Langkah Pencegahan

 
Cetak banner/bunting untuk menyenaraikan semua langkah-langkah SOP yang perlu tetamu patuhi sepanjang majlis berlangsung. Contoh ayat, langkah-langkah prosedur operasi standard (SOP) sebagai rujukan anda.

8. Meja Menyambut Tetamu


Sediakan 1 buah meja penyambut tetamu, cukup untuk letak kelengkapan yang diperlukan semasa memeriksa tetamu supaya mematuhi SOP sebelum memasuki kawasan majlis.

9. Penyambut tetamu

Arahkan sesiapa, adik beradik, sahabat ke, alhi keluarga ke untuk duduk di meja tetamu untuk memastikan SOP dipatuhi sebelum memasuki kawasan majlis. Takut-takut ada yang terlepas pandang nanti. Naya kan.

** Jika anda ingin berkongsi atau menyebarkan sebarang maklumat daripada blog ini. Sila kreditkan artikel / penulisan tersebut kepada nama penulis dan blog ini (www.biemohd.com). Pembaca atau pengunjung digalakkan untuk berkongsi artikel / penulisan dari blog ini melalui laman sosial yang ada sama ada melalui facebook, twitter, instagram, pinterest dan LinkedIn dengan hanya menekan butang media sosial yang tersedia di dalam setiap artikel. Terima kasih.

0 Ulasan