Barang Dapur Habis? Boleh Pesan Online Untuk Penghantaran Hingga Depan Pintu 


Setelah menjalani percubaan selama 3 bulan, Foodpanda telah melancarkan Pandamart secara rasmi. Pandamart ini merupakan sebuah perkhidmatan penghantaran barangan runcit, bunga dan barang keperluan lain mengikut permintaan para pelanggan. Apa yang makin best, perkhidmatan Pandamart dari Foodpanda ini tersedia untuk 24 jam sehari. 


Pandamart telah diuji bermula di Hong Kong dan Singapura pada sekitar bulan Oktober pada tahun 2019 yang lalu. Rata-rata pelanggan Foodpanda pada ketika itu dapat memesan produk kegunaan harian seperti bahan makanan, produk kecantikan dan penjagaan bayi dari lebih 1,000 peruncit rakan kongsi di seluruh negara.



Pesanan yang dibuat seterusnya dihantar terus ke pintu rumah pelanggan dalam tempoh jangka masa sekitar 25 minit mengikut lokasi. Ada yang hanya makan masa 15 minit untuk lokasi paling hampir. 


Foodpanda turut mendakwa bahawa pesanan untuk barangan runcit dan barangan isi rumah telah melonjak lebih daripada empat kali ganda berbanding pesanan makanan. Ternyata pada ketika itu kehadiran Pandamart benar-benar memberikan banyak manfaat kemudahan berserta dengan pengalaman yang baru kepada rakyat Hong Kong dan Singapura khususnya. 


"Di Foodpanda, kami terus mencari cara untuk menggunakan inovasi dan teknologi bagi membantu memenuhi dan melebihi jangkaan pelanggan kami. Berdasarkan wawasan pengguna yang kuat dan permintaan yang tinggi secara konsisten dalam fasa perintis, kami sangat gembira untuk melancarkan Pandamart dan Pandanow secara rasmi untuk membawa lebih banyak kemudahan.” kata Luc Andreani, Pengarah Urusan Foodpanda Singapura. 


- Luc Andreani, Pengarah Urusan Foodpanda Singapura -



Pelbagai Barangan Boleh Pesan Online Melalui Pandamart 


#1 . Makanan Dalam Tin


Antara makanan yang sering dipesan melalui Pandamart adalah barangan keperluan harian seperti makanan dalam tin kerana ia boleh bertahan sekurang-kurangnya satu tahun atau lebih! Apa yang hebat ia boleh di masak dengan pelbagai cara. Salah satu makanan dalam tin yang paling senang dimiliki ialah Ayam Brand Sardines. 


#2 . Makanan Segera 


Memerlukan makanan yang mudah tapi kenyang? Salah satu daripadanya sudah tentulah mi segera. Mi segera benar-benar boleh mengenyangkan dengan pantas kerana ia hanya memerlukan 2 ke 3 minit saja untuk menyediakannnya. 


#3 . Buah-buahan Segar


Buah-buahan segar sangat penting untuk dimakan lagi-lagi pada bulan Ramadan kerana ia membantu menghidrasi badan dan juga sebagai salah satu sumber serat makanan yang hebat. Oleh itu, pastikan di rumah ada mempunyai bekalan buah-buahan segar yang berterusan. 


Antara buah-buahan yang bagus adalah Pisang Segar kerana kandungan kalium tinggi (penting untuk penghidratan) dan akan meningkatkan tahap tenaga. Epal Merah Segar kerana ia boleh bertahan sekurang-kurangnya 3 minggu atau lebih apabila menyimpannya di dalam peti sejuk.


#4 . Makanan Ringan dan Minuman


Mengalami rasa lapar pada waktu larut malam? Pastikan pantri di rumah sentiasa lengkap dengan makanan ringan dan minuman! Boleh dapatkan Teh Susu Premium Pokka atau minuman Nescafe Latte’ di Pandamart. Meminum minuman berkrim dan beraroma ini sambil tonton movie pasti akan menyegarkan. Sekiranya anda menginginkan sesuatu yang hangat, dapatkan Teh Tarik Milk atau Cadbury 3 in 1 Hot Chocolate Drink dari Pandanow! Pelbagai aneka minuman ringan bergas juga ada jika mahu.


#5 . Lampin Pakai Buang 


Tidak hanya tertumpu pada barangan runcit dalam bentuk makanan dan minuman, malah barangan keperluan bayi juga boleh di pesan melalui Pandamart. Kebanyakan dari kita memang terasa leceh tatkala lampin pakai buang bayi sudah habis, tak kurang rasa susah hati jika kebetulan tak ada masa untuk keluar membelinya. Dengan Pandamart segalanya menjadi mudah. Isteri juga tak perlu bising minta suami pergi beli lagi lepas ini. 



Penghantaran Berbaloi Dengan Servis Yang Berguna Untuk Pelanggan 


Selepas ini, jika barangan keperluan habis, tak perlu lagi rasa susah hati. Tak perlu juga nak risikokan diri sendiri untuk berada di tempat awam di dalam keadaan ramai orang semata-mata untuk membeli barangan keperluan yang telah habis.



Dengan menggunakan servis grocery delivery ini, masa yang ada boleh digunakan untuk berehat bersama keluarga. Masa yang ada juga boleh digunakan untuk melakukan aktiviti hobi yang disukai. 


Dalam keadaan perintah berkurung akibat virus COVID-19 ini, ada baiknya kita terus berada di rumah sepanjang masa. Selagi boleh elak untuk berada di tempat awam maka elaklah. Jangan sengaja mencari alasan kerana sesungguhnya kita ada pelbagai pilihan dalam memudahkan urusan sehari-hari. Sebagaimana adanya Pandamart dari Foodpanda ini. 


0 Ulasan