Resepi Terung Balado / Terung Berlada Simple dan Sedap
Terung balado 😍 Kegemaran siapa ni? Kita geng!
Bila CikBie buat memang habis licin kena ratah je. Tiba-tiba datang mood rajin nak buat terung balado ni. Kalau ada sesiapa nak cuba, boleh ikut resepi dibawah ya 😘 Selamat mencuba
RESEPI TERUNG BALADO/BERLADA
Bahan-Bahan:
1 biji terung panjang saiz besar (dipotong memanjang.
2 cawan minyak masak
Bahan-bahan kisar :
6 biji cili kering kurus (pedas)
7-8 biji cili kering gemuk (tidak pedas)
Segenggam kecil ikan bilis
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cara-cara:
1. Belah 4 terung dan kemudian potong memanjang lebih kurang 4 inci.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng (dilanggarkan dalam minyak) terung sehingga lembut.
3. Angkat terung telah lembut dan ketepikan.
4. Gunakan sedikit minyak goreng tadi untuk menumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Masukkan terung yang telah digoreng tadi dan gaul sekata sebentar. Siap dan hiduangkan panas.
#DapurCikBie #ResepiMarhuna #ResepiTerungBalado #Terung #ResepiLaukPauk #LaukTengahari #MarhunaMalaysia
0 Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx