Assalamualaikum w.b.t

Jeng.jeng.jeng.
Nah! Bie nak kongsikan dengan semua cara-cara nak buat T-shirt sendiri tanpa perlu pergi ke kedai untuk menempahnya. Kalau kita tempah dalam skala yang kecil (maksudnya jumlah yang kurang daripada 5 atau 10) harga untuk 1 baju je boleh mencecah sampai 40-50 ringgit sehelai bergantung dengan seberapa banyak penggunaan warna untuk mencetak.

Kalau ikut kepala kedekut Bie ni, Bie nak buat semua benda sendiri. Hehehe.. Teruk betullah. Kesian orang lain tak boleh nak cari makan. Errr.. perkongsian ni hanya di cadangkan kepada sesiapa nak buat T-shirt sehelai dua helai je. Kalau beratus beribu helai. Bie pun angkat tangan siap-siap untuk surrender. Hantar kat kedai senang cerita! ehehehe..

Untuk DIY T-shirt ni, Bie buat untuk pakai semasa majlis sambutan hari jadi Naqib yang pertama. Temanya ialah IRONMAN. Bie beli T-shirt kosong ni online di 11street, sehelai RM11.00. Tapi, tiba-tiba Bie jalan-jalan kat GM Klang, rupa-rupanya cuma RM7.50 je sehelai. Hampesss betul! Hahaha.. So, korang yang nak buat sendiri tu. Boleh check it out kat GM Klang, Level 4 ye!

Untuk cetakan, Bie beli Transfer paper for Dark T-shirt yang dibeli di kedai alat tulis Wesstar di Seksyen 7, Shah Alam dengan harga RM7.90 sehelai saiz a4 paper. Bie gunakan 1 sahaja untuk jadi 2 helai T-shirt sebab cetakan tak berapa besar.




Anda perlu gunakan printer jenis inkjet tau. Jangan guna jenis laser. Terbakar pulak tranfer paper tu nanti. Pastikan setup print tu kepada high quality baru cetakan lebih halus dan kemas.

Kemudian gunting cetakan dan siap sedia untuk tampal diatas baju. Gunakan iron dengan kepanasan sederhana sahaja dan pastikan berlapik dengan kain lain jenis cotton ye.


Tarra, dah siap pun bajunya! semestinya suami memuji daya kretiviti isterinya ini. Hikss.. verasan!



Selamat mencuba! Thank you for reading this entry!

Love, 
Bie


4 Ulasan

  1. Balasan
    1. cuba jangan tak cuba cik mah! hidup DIY! hehehehe

      Padam
  2. waa.. bestnyaa.. tak tertanggal ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, masih okey walaupun basuh berkali-kali. Cuma warna tu je pudar.

      Padam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx