11 Dekorasi Aidilfitri Menceriakan 1 Syawal Anda Sekeluarga | Assalamualaikum semua, betul ke kita tak boleh balik berhari raya di kampung ni? Bie sebagai perantau sememangnya dah bersedih hati daraipada tahun lepas lagi. Dah la dapat jengok keluarga di kampung setahun tah berapa kali je. Tambah PKP lagi. Rindu tu dah menggunung tinggi dah. Tapi, hanya mampu pendam je.

Dijangka PKP Syawal akan Tiba

Desas-desus dah bertebaran sana sini mengatakan kita bakal beraya diperantauan tahun ni. Apa-apa pun Bie Redha demi keselamatan kita semua. Namun, bak kata pepatah menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan kan. Jom kita berhari raya, dan menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa walaupun tak dapat balik ke kampung untuk tahun yang ke-2 ni.

Sebagai pengubat hati kita semua, jom kita buat dekorasi hari raya dirumah nak? Bie kongsikan beberapa idea yang korang boleh jadikan rujukan untuk mendeko nanti. Selamat mencuba.

1. Dekorasi dengan belon

Belon ni, ada je jual kat Shopee atau kedai-kedai jual barangan hari jadi. Selalunya kita gunakan untuk hari jadi je kan? Kali ni, kita tukar kepada Selamat Hari Raya, Aidilfitri atau Eid Mubarak macam dalam gambar ni.

Sumber: Pinterest/Nora

2. Kertas lipatan kipas berwarna tema hari raya. Hijau dan kuning/gold

Sumber : etsy.com

3. Hiasan meja candy buffet bertemakan hari raya.


Sumber : donpedrobrooklyn.com

4. Hiasan sudut dengan belon-belon dan hiasan yang mengerlip 

Ditambah hidangan yang menyelerakan diatas meja juga sangat menarik dan meriahkan suasana hari raya anda semestinya.

Sumber : Pinterest/Perfect Party

5. Hiasan meja dengan manisan kek dan kuih muih yang menyelerakan.

Sumber :  Instagram/@fbeen

6. Hiasan Meja ditambah dengan limpahan cahaya daripada lampu berkelipan

Sumber : Pinterest/Tykeisha Muhusin

7. Berkreativiti dngan menggunakan kotak kertas


Sumber : instagram/@eidparty.co.uk

8. Hiasan didinding dengan menggunakan banner kertas dan tulisan


Sumber : marthastewart.com

Sumber : cakebeautyy.com


9. Hiasan lampu dan sedikit hadiah sebagai cenderamata




Sumber : omemydesign.com

10. Menggantung juntaian hiasan di siling rumah


Sumber : decoration724.com

11. Hiasan didepan pintu rumah atau pada setiap pintu bilik


Sumber : media-cache-ec0.pinimg.com

Pastikan anda cukup gembira dan bahagia meraikan hari yang mulia ini meskipun kita tak dapat pulang ke kampung halaman. Selamat mencuba!

Love, Cik Bie

Anda sedang mencari hijab yang sepadan untuk digayakan hari raya nanti? Kunjungi www.marhuna.com untuk dapatkan hijab/tudung hari raya sebagai pelengkap persalinan cantik dan menawan nanti.

Jom follow FB Page Blog nabihamashut.com & Marhuna Official

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini. Esok kita sambung lagi dengan perkongsian yang lain ya. InsyaAllah. Jemput follow IG Bie : https://www.instagram.com/nabihamashut

0 Ulasan