Anak-Anak Ni Cepat Betul Membesar. Ikuti 7 Tips Membeli Baju Anak-Anak Setiap Bulan Supaya Tak Menyesal | Assalamualaikum semua, betul tak kalau dah ada anak ni. Boleh dikatakan titap bulan kita akan membeli baju untuk mereka. Samalah macam saya, tiap-tiap bulan tu, wajib ketepikan duit untuk membeli baju-baju untuk anak-anak. Memandangkan mereka ni cepat betul membesar, kadang kala budget keperluan diri sendiri terpaksa dikorbankan untuk mendahulukan keperluan anak-anak.

Disini, saya kongsikan beberapa tips yang boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa diluar sana ketika membeli baju anak-anak setiap bulan supaya tidak menyesal. Tips ini juga amat berguna buat mereka yang baharu saja bergelar ibu bapa atau bakal menjadi ibu dan bapa tidak lama lagi.

Tips Memilih Pakaian Untuk Anak

1. Sesuai dengan keperluan

Membeli pakaian anak-anak sangat mencabar ibu bapa kerana pertumbuhan anak-anak yang terlalu cepat akan menyebabkan pakaian yang juga harus diganti dengan lebih kerap. Keperluan anak juga tidak terlalu banyak, carilah beberapa pasang untuk sesekali bepergian atau jalan-jalan, perbanyak mencari pakaian basahan untuk anak. Anak perlu lebih kerap ganti baju. Sebelum memakaikan anak-anak pakaian baru. Pakaian hendaklah harus dicuci terlebih dahulu untuk menghindari penggunaan bahan kimia yang dapat menimbulkan risiko seperti alergik dan lainnya. Pakaian anak-anak tidak hanya untuk jalan-jalan atau seharian sahaja. Mereka juga memerlukan pakaian sukan (berolahraga), pakaian formal, pakaian tidur bahkan pakaian untuk sekolah jika anak sudah masuk sekolah.

2. Memilih ukuran yang tepat

Tidak semua baju anak-anak dengan umur yang sama memiliki berat badan yang sama dan bentuk badan yang sama. Memilih ukuran yang tepat adalah sangat penting. Perhatikan usia anak, ukuran dan saiz apa yang bersesuaian dengan berat badan dan ukur lilit badannya. Ada beberapa anak yang pertumbuhan tingginya sangat cepat hingga membuatkan ibu bapa menjadi bingung untuk mencarikan pakaian untuk anak. Jangan memilihkan pakaian anak yang "ngam-ngam" dengan badan anak atau ketat. Anda harus membeli baju yang longgar dan besar sedikit supaya anak berasa selesa untuk bergerak aktif. Ukurannya juga bermacam-macam ada S, M, L, XL dan sebagainya khusus untuk saiz kanak-kanak.

3. Pakaian diperbuat daripada bahan yang lembut

Beberapa pakar menyarankan, pakaian kanak-kanak mestilah diperbuat daripada bahan yang lembut salah satunya adalah kain cotton yang memiliki ciri khas lembut dan tidak membuat kulit anak menjadi sensitif. Pakaian anak dengan bahan yang lembut akan membuat anak lebih terasa nyaman dan selesa. Kulit anak yang sensitif, memerlukan pemilihan pakaian yang tepat dengan bahan yang aman sangatlah penting untuk seorang ibu. 

Memilih baju untuk anak bukanlah soal gaya dan fesyen semata-mata. Tetapi bergantung pada berapa harga dan juga apa bahannya. Selain cotton juga anda boleh memilih kain yang berbahan denim ringan, kain ini sangat sesuai untuk pakaian anak dengan memiliki ketebalan yang cukup memberikan keselesaan kepada anak-anak. Antara jenama pengeluar pakaian kanak-kanak yang selalu menitik beratkan penggunaan material fabrik yang selesa ialah jenama Poney.

Terkini, Poney menganjurkan 1 kempen Gift with purchase - Poney signature market snack box. Setiap pembelian RM249 ke atas, layak mendapat hadiah percuma berupa Poney signature market snack box  bagi 200 pembeli terawal sahaja. Klik disini untuk maklumat lanjut! 

4. Rekaan yang tidak lapuk (timeless)

Usah keterlaluan untuk mengikut trend. Ini kerana gaya dan trend berkembang dan berubah pantas. Pilihlah rekaan yang timeless atau tidak lapuk agar boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang. Contohnya baju yang lebih kasual. 

5. Kos

Sentiasa memilih pakaian yang mudah dijaga, contohnya yang mudah dicuci menggunakan mesin basuh atau basuhan tangan. Memilih pakaian yang memerlukan penjagaan khusus seperti cucian kering hanya meningkatkan kos perbelanjaan. - Indianexpress


6. Mempertimbangkan cuaca

Untuk cuaca di Malaysia selalunya kerap panas berbanding hujan, jangan membelikan anak pakaian dengan bahan yang panas dan jangan berlapis. Gunakan pakaian yang mudah dalam menyerap peluh sehingga kitaran udara tidak akan merasa merimaskan. Sedangkan untuk musim hujan, anda boleh mengenakan anak pakaian berlapis misalnya mulai dari memakai t-shirt kemudian ditambah dengan sweater atau jaket. Pakaian berlapis atau pakaian yang hangat akan membuat anak lebih hangat ketika musim hujan. Untuk menambah anak agar lebih terlihat fashionable ketika jalan-jalan, anda juga boleh memberikan pelindung kepala seperti topi atau lainnya. Carikan topi dengan berbagai macam model yang akan membuat anak selesa dan kelihatan menarik.

7. Pilih pakaian yang tidak sarat

Fashion juga menjadi keutamaan ibu bapa selalunya. Namun, pastikan jangan mencari pakaian yang  sarat dan serabut dengan fabrik berlapis atau labuci yang berat contohnya. Ini juga akan membantu ibu untuk tidak bingung ketika mencuci dan menyeterika baju anak-anak. Carilah pakaian yang tidak akan mengganggu ruang gerak si anak.

Begitulah antara tips yang anda boleh jadikan panduan bagi membeli baju anak-anak setiap bulan supaya tak menyesal. Boleh boleh?

Love, Cik Bie

0 Ulasan