Rezeki Duit Jajan Anak-Anak dengan Intellifluence | Assalamualaikum w.b.t semua, bila pandemik melanda ni. Hari-hari Bie dengar berita sedih sahabat dan kenalan terdekat yang dihentikan perkhidmatan daripada pekerjaan masing-masing. Banyak industri seperti industri pelancongan, perhotelan, pengangkutan dan macam-macam lagi yang terjejas dek wabak covid-19 ini. Tambah-tambah lagi dengan PKP yang dijangka berterusan hingga ke hujung tahun ni. Urusan mencari nafkah dan rezeki menjadi sukar dan terjejas tak terkecuali dengan pendapatan sebagai seorang Influencer yang dijangkakan akan terjejas dalam beberapa tahun yang akan datang.

Alhamdulilah, Bie dipertemukan dengan perkongsian daripada beberapa blogger di Malaysia seperti Sis Awa, MrsPip dan Influencer luar negara seperti Darryn Melerine, serta ramai lagi yang berkongsi tentang platform Intellifluence. Jadi, Bie kongsikan dengan semua tentang pengalaman Bie dan maklumat tambahan yang Bie tau tentang Intellifluence. Semoga sesiapa yang berminat boleh cuba menjana pendapatan tambahan melalui Intellifluence ni.

Apa itu Intellinfluece?

Intellifluence adalah platform pemasaran yang membantu pelbagai jenama untuk bekerjasama dengan ramai influencer seluruh negara untuk mencapai jaringan pemasaran yang lebih baik. Banyak jenama besar dan kecil yang menjadikannya Intellifluence sebagai medium pemasaran mereka kerana servis dan sistem mereka yang mudah dan mampu menghubungkan jenama-jenama ini dengan sasaran influencer yang tepat mengikut niche mereka.

Cara Mendaftar Intellifluence

Cara mendaftar sangat mudah, anda hanya perlu pergi ke laman web rasmi Intellifluence disini  sahaja dan mendaftar sebagai salah seorang ahli didalam website tersebut. Isikan butiran diri seperti yang diminta secara lengkap untuk melayakkan anda untuk menerima sebarang bentuk kempen yang ditawarkan.


Memohon Kempen yang Ditawarkan

Setelah mendaftar dan mengisi butiran diri. Pastikan anda isikan kesemuanya hingga lebih daripada 85% maklumat yang dikehendaki seperti berikut. 


Mula memohon sebarang jenis kempen yang bersesuaian dibahagian "Marketplace", dan mengikut pengalaman Bie. Selepas memohon mana-mana kempen, kurang daripada 24 jam. Kempen yang kita mohon itu akan diluluskan oleh pihak intellifluence dan kita boleh mula melakukan tugasan yang diberikan mengikut kemahuan jenama-jenama tertentu. Selepas itu, hantarkan tugasan tersebut sebelum tarikh luput yang dinyatakan dalam setiap mesej yang dihantar.


Maklumat Bayaran

Untuk pengetahuan anda, semua transaksi bayaran daripada intellifluence dilakukan melalui Paypal. Kenapa? kerana semua tugasan akan dibayar dalam nilai matawang USD. Jadi, lebih mudah menggunakan Paypal berbanding medium lain. Jadi, pastikan anda mempunyai akaun Paypal ya sebelum mendaftar.

Seterusnya, ketahui maklumat bayaran yang diberikan kepada Influencer mengikut jenis-jenis pelan yang ditawarkan kepada Influencer.
  1. Standard - $99
  2. Regular Plan - $249
  3. Advanced Plan - $599

Hantar 'Job' Influencer Malaysia

Selepas menyelesaikan semua kempen mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Hantar URL job yang anda dah buat tu pada bahagian "Post Work" dan tunggu maklumbalas mereka dan transaksi pembayaran dilakukan.


Mudahkan? Jom cari duit jajan untuk anak-anak dimusim PKP ni. Jangan pening-pening lagi, semua tahap Influencer di Malaysia boleh join  semua kempen yang bersesuaian dalam Intellifluence. Disebabkan Intellifluence ini menawarkan jenama diserata dunia. Ada beberapa jenama yang kurang sesuai untuk dipasarkan oleh Influencer-influencer di Malaysia.

Jangan lepaskan peluang keemasan ni. Jom try Intellinfluencer, siapa tahu ada rezeki untuk anda dan anak-anak disana.

0 Ulasan