15 Koleksi Idea Kek Tema Didi & Friends untuk Kanak-Kanak 1-4 Tahun | Hi semua, siapa yang tak kenal Didi & Friends. rata-rata kalau ada anak kecik ni, mustahil kita tak kenal Didi & Friends kan. Dedulu zaman tak kawin lagi memang tak kisah pun pasal Didi & Friends ni. Sekarang ni, bila dah beranak pinak. Cakap je mana 1 lagu yang tak hafal? Semua lagu terpaksa dihafal dengan sendirinya. Mana taknya, dah dok ulang-ulang playlist lagu yang sama hari-hari kan.

Jadi, bila tiba hari jadi anak-anak. Bie suka tanya sendiri kat anak-anak (kalau dia dah pandai cakap dan faham) jangan hampa pi tanya baby pulak ye. Terkejut pulak kang, kalau baby bercakap nak Kek tema apa. Haha.

Tema Didi and Friends

Tema Didi & Friends adalah tema birthday yang terawal Bie buat untuk anak-anak. Sambil-sambil tu, Bie suka buat kajian sikit dalam masa yang sama dok cuci-cuci mata cari baker yang boleh buat kek yang cantik, murah dan berbaloi dengan harganya dan cari mana 1 design kek yang menarik dan mampu menambat hati anakku gituuu... Biasalah bebudak kan, mesti suka sesuatu yang cantik dan menarik. Tak ketinggalan jugalah emaknya pun sama juga.

Saiz Kek

Sebelum itu, Bie suka nak kongsikan saiz kek untuk hari jadi anak-anak ni. Kadang kala, ramai parents suka kek yang besar-besar. Tak salah nak tempah kek yang besar, harganya akan besar jugalah selalunya. Sebab kek yang besar ni. Jenus juga bab menghiasnya. Kalau korang sedar, kek yang cantik dan simple selalunya yang bersaiz kecil. Nampak molek je jika dideko. Ini pendapat Bie saja, tapi sebenarnya bergantung pada jumlah tetamu yang uols jemput masa majlis hari jadi anak-anak tu.

Tapi kalau sekadar, sambut keluarga-keluarga je. Saiz kek 5 inci atau 6 inci sudah memadai.

Kek Hari Lahir Didi and Friends

Jom, kita tengok barisan kek bertemakan Didi & Friends yang sesuai untuk anak-anak kita pada sambutan hari lahir mereka nanti. Ada 15 Koleksi Idea Kek Hari Lahir Tema Didi and Friends.

Sumber : Pinterest

Sumber : Pinterest

Sumber : Pinterest

Sumber : Pinterest

Sumber : Pinterest

Sumber : Pinterest

Sumber : Pinterest

Sumber : Yom Homemade Cakes

Sumber : sitishuhaida.com

Sumber : Google

Sumber : Google

Sumber :Pinterest

Sumber : Justlildaisy

Sumber : Azyandelight

Sumber : FB Didi & Friends

Sumber : FB Didi & Friends


Ya Allah, rambang mata kan tengok yang cecantik ni. Semoga serba sedikit dapat memberikan cetusan idea dan kreativiti ibu ayah untuk merancang sambutan hari lahir anak-anak nanti.

Jom follow blog ini, supaya dapat lebih banyak lagi info menari tentang aktiviti DIY dan macam-macam lagi. Terima kasih.

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini. Esok kita sambung lagi dengan perkongsian yang lain ya. InsyaAllah. Jemput follow IG Bie : https://www.instagram.com/nabihamashut

1 Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx