Ubat Rindu Tidur di Hotel, Bantal DAS Abdul Jadi Penawarnya | 2 tahun pandemik melanda dunia. Hanya 1 kali sahaja dalam 2 tahun ini Bie sempat bercuti dan menginap di hotel bersama keluarga. Masakan tidak, dulu pantang ada cuti panjang atau cuti hujung minggu. Pastinya, Bie akan terjah mana-mana hotel untuk menginap dan bergembira untuk percutian kami itu.



Kalau bab tidur dihotel tu, benda yang paling selesa untuk Bie ialah "bantal hotel", bila check in je mesti terjah katilnya dulu. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, terus saja berlayar ke samuderalah jawabnya. Sekarang? Hanya bantal kekabu, bantal busuk anak-anak, bantal guling (bantal peluk) jadi peneman tidur setiap malam.

Puas berfikir, macam mana nak dapatkan nikmat "bantal hotel" tu walaupun duduk dirumah. Tiba-tiba terlintas difikiran tentang bantal dag (bantal DAS ABDUL) yang terkenal denga tagline " Bantal Hotel 7 Bintang".


Baru-baru ini, DAS Abdul Global (DAG) telah memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu; QUILTED PILLOW (Queen Collection) yang mempunyai teknologi fabrik dengan ciri-ciri berikut;
  • Isian Microfiber
  • Direka khas dengan double piping untuk menyerlahkan kekemasan bantal
  • Teknologi fabrik yang boleh menyerap lembapan, dan cepat kering.
  • Membantu mengurangkan masalah berpeluh ketika tidur
  • Tidur yang lebih selesa kerana bantal ini membantu menyesuaikan
  • mengikut keadaan suhu persekitaran.
  • Bantal selamat digunakan kerana ianya anti bakteria dan tidak berbau
  • Tidak digalakkan untuk basuh menggunakan mesin basuh
  • Rekaan quilted yang kemas dan eksklusif. Bantal Quilted pertama DAG
  • 2 in 1 pillow - microfiber fabric & microfiber fabric with quilted

BERAT
Bantal = 1.6kg
Bantal with box = 2.3kg
Berat kotak = 0.7kg
Ukuran bantal = 19"x29"

Tidur dan bangun tidur jadi segar serta lebih bersemangat bila pakai bantal ni tau. Bila pakai bantal berkualiti ni, masalah sakit leher salah tidur / salah bantal pun dapat dikurangkan. Lebih-lebih lagi, bagi husband Bie yang selalu sangat sakit kepala bila bangun daripada tidur. Penggunaan bantal yang sesuai dan berkualiti sedikit sebanyak menjadi faktor atau cara untuk menghilangkan rasa sakit belakang ketika tidur.

Bukan itu saja, anak-anak Bie pun suka terutamanya Zuhaira ni. Tengoklah gaya dia tu bila tidur dengan bantal DAG. Asyiklah ajak mama dia tidur saja walaupun hari dah siang.


Bantal ni sangat eksklusif, bungkusannya didalam kotak tau. Sangat sesuai juga dijadikan hadiah kepada seseorang.

Kepada pembaca blog Bie yang bertuah membaca entri ini. Kalian boleh gunakan Kod Diskaun ‘BIE’ di daspillow.com atau disini https://daspillow.com/quilted-pillow?coupon=bie untuk dapatkan potongan harga promosi RM135 sahaja daripada harga asalnya RM150 sebiji. Promosi ni sah sehingga 31 Oktober 2021 sahaja.

Untuk maklumat lanjut, boleh ke;

Jika berminat untuk menjadi usahawan DAG secara percuma boleh dapatkan maklumat disana.


#dasabdulglobal #bantaldag #bantaldasabdul #bantalqueenDAG #MudahnyaBerniagaBersamaDAG

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini. Esok kita sambung lagi dengan perkongsian yang lain ya. Insya\"allah.



0 Ulasan