Tip 'Step By Step' Mandikan Bayi Bagi Yang Pertama Kali Bergelar Ibu Bapa | Waktu mandi adalah antara bab yang paling merisaukan kebanyakan ibu bapa baharu. Pelbagai perkara bermain di fikiran. Betul tak?

Sumber : Healthline

Berapa kerap perlu memandikan bayi?

Mandi 2-3x seminggu, selama 5-10 minit bagi setiap sesi secara amnya sudah cukup untuk memastikan bayi berada dalam keadaan bersih. Manakala jika si kecil gemarkan air, anda boleh memandikan mereka sekali sehari.

Elakkan daripada memandikan lebih daripada sekali kerana ia boleh mengeringkan kulit bayi baru lahir. Bagi cara memandikan bayi untuk membersihkan bahagian kemaluan si manja, anda hanya perlu menggunakan air suam dan pad kapas.

Si kecil boleh dimandikan pada bila-bila masa, tetapi idea yang terbaik adalah ketika anda dalam keadaan tenang dan tidak terganggu. Hindari daripada membawa si kecil mandi pada saat mereka lapar atau sejurus selepas menyusu. Jika bayi berasa lebih tenang selepas mandi, anda boleh memandikan mereka pada waktu petang. Tabiat ini dipercayai membantu si kecil tidur lebih lama.

Persediaan Memandikan Bayi

Berikut antara tip untuk menghindari risiko semasa membawa si kecil mandi:
  1. Ketepikan telefon pintar untuk membolehkan anda fokus kepada si kecil
  2. Letakkan segala keperluan seperti tuala, kain lap, mainan mandian, losen atau syampu, pakaian dan lampin bersih berdekatan dengan anda
  3. Pastikan semua barangan keperluan atau peralatan elektrik jauh daripada capaian bayi
  4. Penting untuk pastikan suhu air yang akan digunakan untuk memandikan si manja antara 37-38°C
  5. Sebaiknya lap dan pakaikan bayi baju di lantai atau meja menukar pakaian
  6. Cara memandikan bayi menggunakan span
  7. Bayi baru lahir perlu dimandikan secara mandian span untuk beberapa minggu pertama usia mereka.

Ia adalah cara mudah untuk membersihkan bayi sebelum tali pusat tertanggal serta sesuai untuk mandikan bayi lelaki yang dikhatankan sebelum sembuh.

Cara memandikan bayi dengan span:

  1. Pilih bilik bersuhu sederhana untuk memandikan si kecil. Kemudian tanggalkan pakaian dan lampin bayi serta balutkan mereka dengan tuala.
  2. Baringkan si kecil atas permukaan rata seperti lantai, meja menukar pakaian atau katil dan pastikan sebelah tangan sentiasa memegang bayi agar mereka tidak jatuh.
  3. Buka tuala pada sebelah bahagian yang ingin dimandikan.
  4. Mulakan pada bahagian muka dan bahagian atas kepala bayi. Celupkan span bersih ke dalam air suam tanpa sabun untuk elakkan sabun daripada masuk ke dalam mata atau mulut bayi. Sapukan pada bahagian atas kepala, sekeliling mata dan telinga luar, dagu serta lipatan leher.
  5. Seterusnya titikkan 1-2 sabun ke dalam air suam. Celupkan span ke dalam air sabun dan lapkan pada seluruh bahagian badan serta kawasan lampin.
  6. Jika si kecil telah dikhatankan, cara memandikan bayi adalah dengan mengelakkan daripada membersihkan alat sulit mereka bagi memastikan lukanya kering, melainkan diarahkan sebaliknya oleh doktor.
  7. Keringkan bayi terutamanya pada bahagian lipatan kulit. Pakaikan lampin bersih. Anda boleh menggunakan tuala dengan hud untuk memastikan kepala mereka sentiasa hangat.

Sumber : hellodoktor.com

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini. Esok kita sambung lagi dengan perkongsian yang lain ya. InsyaAllah. Jemput follow IG Bie : https://www.instagram.com/nabihamashut

0 Ulasan