Hujung tahun ini, sinonim dengan musim hujan. Kaum ibu-ibu semestinya resah memikirkan kain-kain jemuran yang tidak kering dan mula berbau hapak jika lambat dikeringkan. Matahari pula masih segan-segan mahu memunculkan diri hingga cuaca panas sudah mula dirindukan. Maka, mulalah terfikir nak memiliki mesin pengering pakaian (dryer) dirumah. 

Sumber : Canva by AndreyPopov

Berikut ialah perkara-perkara yang perlu anda tahu sebelum membeli Mesin Pengering Pakaian dirumah. Terdapat 3 jenis dryer atau mesin pengering pakaian yang ada dipasaran sekarang iaitu vented, condenser, dan heat pump.. Ia mempunyai beberapa jenis mengikut kesesuaian kehendak dan cara penggunaanya. 

1. VENTED

Jenis mesin dryer ini, lebih sesuai diletak di luar rumah sebab air daripada baju yang lembap akan tersejat menjadi wap air dan dialirkan terus keluar rumah. Jika mesin ini diletakkan di dalam rumah, satu saluran (cerobong) perlulah dipasang pada mesin tersebut dan dihalakan keluar rumah untuk menyempurnakan proses pengeringan baju bagi mesin jenis vented dryer ini.

Sumber : Canva by zest_marina

Harga pengering pakaian jenis vented ini pula lebih murah dan mampu milik, dalam sekitar RM800 hingga RM2000 mengikut kapasiti kilogram dan jenama.

2. CONDENSER

Jenis mesin dryer ini boleh diletakkan di dalam rumah kerana wap air daripada baju yang lembap akan disalurkan ke dalam bekas yang telah disediakan.  Wap air akan masuk ke dalam bekas yang telah disediakan dan satu proses pemeluwapan akan berlaku menyebabkan wap air berubah menjadi cecair. Cecair atau air di dalam bekas ini haruslah dikosongkan setiap kali selesai proses mengeringkan baju.

Harganya juga masih mampu milik dan sedikit mahal berbanding jenis vented. Harga bermula sekitar RM1300-RM3000 mengikut kapasiti kilogram dan jenama.

HEAT PUMP

Heat pump selalunya datang bersekali dengan jenis condenser kerana fungsi ini adalah teknologi tambahan kepada dryer dimana ia membantu mengitar semula dan memanaskan semula udara di dalam mesin pengering daripada membebaskan udara panas ke luar seperti condenser dryer biasa.

Sumber : Canva by Adrienne Andersen

Setelah mengitar semula udara yang dipanaskan di dalam mesin pengering, teknologi heat pump ini dapat mengurangkan haba pada mesin pengering dan menyejukkan kembali mesin pengering sepertimana sebuah aircond atau mesin penghawa dingin berfungsi.

Perbezaan lain antara heat pump dan condenser biasa ialah heat pump bunyinya lebih senyap dan lebih menjimatkan penggunaan elektrik. Persamaannya pula, heat pump masih sama dengan condenser kerana bekas yang menampung air daripada baju lembap yang dikeringkan perlu dibuang setiap kali selesai proses mengeringkan baju. Kotoran daripada baju yang dikeringkan juga perlu dibersihkan setiap kali selesai proses keringkan baju.

Harga juga lebih tinggi berbanding dengan jenis dryer yang lain. Dengan fungsi tambahan ini, harganya bermula dengan RM2000-RM4000 mengikut kapasiti kilogram dan jenama.

Sumber : C Technical from Pexel

Seronoknya ada mesin ini dirumah, sekurang-kurangnya tugas ibu-ibu super sibuk macam kita ni tertolong juga hasil bantuan mesin pengering baju ni. Selalunya, bab sidai baju ni buat kita tak sempat nak buat setiap hari. Lagi-lagi kita ni sibuk bekerja, namun bab urusan dan keperluan rumahtangga juga sama pentingnya. Janji, baju semua kering dan sedia untuk dipakai. Hati pun tenang dan gembira!

Kalau dulu, ada baju yang nak dipakai terlupa untuk dibasuh. Terpaksu suruh si suami pergi keringkan di dobi layan diri. Alangkah senangnya hidup apabila mempunyai mesin pengering pakaianan ni dirumah. Bila-bila masa saja boleh keringkan pakaian seisi keluarga.

Alamak! Baju dah kering ni, siapa pula nak lipat?

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini. Esok kita sambung lagi dengan perkongsian yang lain ya. InsyaAllah. Jemput follow IG Bie : https://www.instagram.com/nabihamashut

0 Ulasan