Cara Buat Sangkaya Boat Noodle yang Sedap dan Pekat, Macam di Restoran
Siapa pernah makan Sangkaya kat Restoran Boat Noodle? Roti dikukus dalam balang rotan dan dimakan panas-panas bersama kaya pandan yang manis lemak berkrim.
Wajib bagi saya dan suami order menu ini, setiap kali kami makan disini. Padahal roti je pun kan? Hehehe.. Akhirnya terpacul pertanyaan daripada suami.Kita tak boleh ke buat macam ni kat rumah?
"Of cause boleh bang!"
Maka, cari punya cari terjumpa resepi buat sangkaya ni dalam Facebook. Saya pun cuba resepinya, dan abadikan resepinya disini untuk rujukan akan datang dan semua yang membaca blog ini.
Bahan-Bahan
100ml Susu Cair*
1 cawan santan*
1 cawan susu pekat manis*
1 1/2 sudu besar gula pasir*
1/2 Gula Melaka
5 helai daun Pandan (dikisar, ambil air sahaja)*
Sebiji telur*
3 sudu kecil Tepung jagung
Pewarna Hijau
secubit garam
Cara-cara
1. Sebelum api dihidupkan, gaul ke semua bahan bertanda * dalam 1 periuk.
2. Selepas sebati, hidupkan api perlahan.
3. Kacau adunan, masukkan gula melaka. Sementara itu, bolehlah kukus roti didalam pengukus.
4. Selepas gula melaka mencair sepenuhnya. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh sedikit air hingga larut
5. kacau hingga adunan sebati dan kelihatan mendidih.
6. Tutup api dan sedia untuk dinikmati dengan roti kukus yang panas!
Siap minum petang! Yok!

2 Ulasan
Wah.. terima kasih ats perkongsian
BalasPadamYa Allah
BalasPadamsedapnya
teringat makan roti dengan kaya dekat boatnoodles
siap order lebih lagi
hahaah
Terima kasih atas komentar anda!