Cara Bantu Anak Kekal Fokus Melakukan Aktiviti | Sejak PKP dan PKPD dekat Selangor ni, anak-anak semuanya mula belajar atau PDPR daripada rumah sahaja. Banyak sangat perkara yang ada dalam rumah yang boleh mengganggu fokus anak-anak ketika mereka belajar. 

Masakan tidak, adik-adik bermain depan mata, TV ada depan mata, telefon bimbit sedang menunggu. permainan juga. jadi, tumpuan tu selalu lari-lari setiap kali Bie nak ajar anak-anak Bie dirumah. Situasi ni selalu jadi masalah besar untuk Bie. Akhirnya, terpaksa angkat rotan untuk gertak mereka. Itu pilihan terakhir Bie yang Bie paling tak suka nak buat.

Jadi, Bie pun mula cari tahu tentang tips atau cara yang boleh Bie gunakan untuk membantu anak-anak meningkatkan fokus mereka.



Berikut tips yang Bie dapat kongsikan, jom kita amalkan bersama supaya anak fokus belajar dan melakukan apa saja aktiviti dirumah mahupun di sekolah.

Cara Meningkatkan Fokus Anak

1. Pastikan posisi anak betul

Kenal pasti posisi yang sesuai untuk anak. Contohnya anak lebih sesuai aktiviti yang duduk, meniarap atau berdiri.

Aktiviti meniarap bantu anak lebih tenang dan mudah kawal tangan dan aktiviti duduk bantu memudahkan anak buat aktiviti.

2. Ruang khas

Sediakan persekitaran yang kondusif seperti perkakas yang baik. Contohnya ; meja, kerusi.

Sebaiknya disediakan bilik atau tempat khas yang menghadap dinding.

3. Hilangkan Ganguan (Distraction)

Elakkan membuat aktiviti di depan tv, gadjet atau persekitaran yang bising.

Sekiranya ada adik beradik, pastikan tiada gangguan daripada mereka seperti mereka bermain di hadapan anak yang sedang buat aktiviti.

Kawal alatan yang digunakan dengan memberikan satu per satu.

4. Beri arahan yang jelas

Arahan simple, pendek dan tone yang sesuai mengikut tahap perkembangan anak.

Beri arahan dengan eye contact.

Contoh : anak dah faham warna > boleh tanya nak warna apa. / anak yang belum tahu warna, boleh perkenalkan warna sahaja.

5. Kawal pemakanan anak

Sebelum buat aktiviti, make sure anak-anak tidak mengambil gula yang berlebihan. Gula yang tinggi, akan menyebabkan anak hyper dan susah fokus. Boleh gabungkan dengan aktiviti fizikal seperti merangkak dalam tunnel untuk tingkatkan fokus anak.

Semoga kita sama-sama dapat amalkan dan anak-anak akan kekal fokus dalam apa jua keadaan. InsyaAllah

Love, 

Cik Bie


Sumber : Facebook Aishah Kassim

0 Ulasan