'Same Day Delivery' Barangan PGMALL Dengan Khidmat GrabExpress Hari Ini | Hai semua, dah  lama Bie tak bersiaran dalam Blog ni kan. Almaklumlah sibuk tahap menteri sejak akhir-akhir ni kan. Hehe.. Melampau betul sampai tahap menteri tu. Oklah, tanpa membuang masa. Bie sebenarnya nak share maklumat terbaru yang Bie peroleh daripada PGMall sendiri untuk mewar-warkan bahawa, PGMall sekarang dah pun berkolaborasi bersama GrabExpress untuk melakukan penghantaran barangan pada hari yang sama atau lebih dikenali sebagai 'Same day Delivery' bestnya!!


Kenali PGMall 

Bagi sesiapa yang belum kenal apa itu PGMall, jom Bie terangkan sedikit. Apa itu PGMall ni. PGMall Malaysia ialah sebuah website online shopping malaysia e-dagang No.1 yang dibangunkan sejak 2017 lagi​. PG Mall adalah satu-satunya platform e-commerce tempatan yang mendapat ranking ke-3 teratas bagi platform e-dagang di Iprice insight report.


Kolaborasi bersama GrabExpress

Baru-baru ini, PG Mall telah mengumumkan kolaborasi mereka bersama GrabExpress. Maklumat ini, Bie terima sendiri daripada pihak PG Mall tau, jadi semua maklumat yang Bie sampaikan disini semestinya sahih dan tepat berdasarkan sumber yang dipercayai. Kolaborasi ini sangat istemewa kerana usaha sama ini merupakan kolaborasi -pertama e-commerce tempatan dengan Grab Express untuk memberikan khidmat penhantaran secara pantas kepada pelanggan.

PG Mall dan Grab Express sama-sama berusaha menjayakan kerjasama ini, demi memenuhi permintaan yang meningkat saban hari terutamanya dikawasan bandar seperti Lembah Klang dan lain-lain sejak pandemik gelombang ke-3 melanda dunia. Maka, dengan adanya kerjasama PG Mall dan Grab Express ini, penghantaran barangan antara pembeli dan penjual boleh dilakukan secara atas talian pada hari yang sama. Semuanya hanya dihujung jari sahaja. Mudahnya!

Bagi kolaborasi fasa 1, kawasan yang menerima kelebihan perkhidmatan ini hanyalah di sekitar Lembah Klang sahaja. untuk fasa-fasa seterusnya. PG Mall mensasarkan kemudahan ini akan dapat dinikmati kepada seluruh pembeli dan penjual di seluruh Malaysia sekitar tahun 2022


Pelancaran Kod Promo

Siapalah yang tak suka Kod Promo. Jimat berganda-ganda. Bie pun, kalau membeli. Wajib sertakan kod promo untuk nikmati potongan harga yang menjimatkan poket kita. Sempena pelancaran ini, PG Mall memberikan Launching promo kod sebanyak RM12 untuk setiap penghantaran pertama bagi barangan yang menggunakan GrabExpress (RM12 OFF delivery) di laman web e-commerec PG Mall. Tak sabarnya nak guna. Jom kita membeli-belah sekarang!

>> Shop now at PG Mall <<

 WhatsApp Image 2021-08-25 at 09.40.16

>> Shop now at PG Mall <<


Website: www.pgmall.my 

Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia

Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/

Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSJW1T1yG/


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Grabexpress 

0 Ulasan